Perjuangan Tokoh-Tokoh Pendidik

Saudara, disebabkan saya berada di luar pejabat kerana urusan penting, pembelajaran seharusnya tidak terputus. Oleh itu menjadi tangungjawab saya dan saudara melaksanakan satu tugasan sebagai satu cara memperolehi ilmu dan pengetahuan.

Tugasan 1

Dalam dunia pendidikan, perjuangan insan pendidik adalah tidak terbatas atau terikat kepada satu aliran pemikiran sahaja, baik pemikir barat, timur dan negara kita sendiri. Mereka ini memberi sumbangan di dalam bidang masing-masing berdasarkan pemerhatian, kajian dan pemikiran yang telah dilakukan.

Untuk itu tugas saudara yang mengambil subjek EDU3101, dikehendaki membuat tugasan pendek, iaitu:

  • Pilih enam orang tokoh , setiap duanya daripada tokoh pendidikan barat, timur dan Malaysia.
  • Apakah sumbangannya kepada dunia pendidikan dan berikan juga contoh-contoh karya atau penulisan yang telah dihasilkan.
  • Nyatakan aliran pemikirannya dalam dunia pendidikan.
  • Kesan aliran pemikiran mereka kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • Penulisan hendaklah dibuat seringkas mungkin. Penggunaan grafik adalah digalakkan.

Pelaksanaan

  • Buat tugasan ini, 4 orang bagi satu kumpulan.
  • Bertaip, dan wajib hantarkan pada hari Ahad 24 April 2011 kepada En. Hasshim.
  • Sebarang pertanyaan sila kemukakan melalui ruangan ‘comments’ blog ini. Sila nyatakan nama anda dan unit pengajian.

Terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: