Cabaran Guru

Penulis ?/Papar Semula Untuk Umum /Sumber – Internet

PADA masa kini,profesion perguruan berada di tahap yang tinggi kerana dianggap sebagai tunggak pembangunan dan kemajuan teknologi sesebuah negara. Guru merupakan pejuang barisan hadapan dalam usaha mendidik anak bangsa.

Sungguhpun profesion perguruan adalah bidang yang mulia, namun tahap kemuliaannya bergantung kepada sejauh mana seseorang guru itu dapat meletakkan diri mereka di peringkat yang tinggi dan terhormat.

Menjadi guru bukan semata-mata memegang satu pekerjaan atau profesion yang dihormati sejak zaman-berzaman, malah bertanggungjawab untuk mencorak masa depan anak didik,menentukan jenis insan yang dihasilkan dan membentuk bangsa yang akan dijelmakan.

Profesion perguruan yang sering dikaitkan dengan tugas sebagai seorang pendidik.Tugas guru sebagai seorang pendidik ini bukan sahaja di dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah dan seterusnya di luar sekolah. Mendidik pula bukanlah satu kerja yang senang kerana ia melibatkan usaha yang berat dan tidak kunjung habis.Mengikut Dr.Zaki Badawi,dalam ‘The Traditional Islamic Education’,tugas mengajar dan mendidik bukan profesion untuk dijual,tetapi merupakan satu peranan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna.

Selain itu,tugas utama seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan, memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Seterusnya membentuk budi pekerti dan akhlak pelajar.Tanggungjawab serta tugas sebagai seorang guru dianggap sebagai satu ibadah.Konsep ibadah yang tersirat dalam tugas guru inilah yang menjadikan seseorang guru itu disegani, dihormati serta disanjungi.

Proses pendidikan pula merupakan unsur terpenting dalam mencorakkan sesebuah negara dan membentuk seseorang individu yang berakhlak mulia, bersahsiah tinggi dan berperibadi unggul.Namun demikian, pendidikan bukanlah merupakan alatuntuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh hal yang demikian, seseorang guru perlu mempunyai satu matlamat yang jelas. Untuk mencapai matlamat tersebut, seseorang guru itu seharusnya mempunyai sikap ingin memajukan diri dalam semua bidang.

Proses pembinaan profesionalisme adalah suatu proses yang berterusan dan berlaku sepanjang hayat. Justeru itu, seseorang guru mestilah senantiasa melengkapkan diri mereka dengan perkembangan baru yang berhubung dengan profesionalisme mereka. Peningkatan tahap pengetahuan itu boleh dilaksanakan melalui pembacaan buku-buku serta rencana-rencana ilmiah yang selalunya terdapat dalam jurnal-jurnal ikhtisas. Peningkatan ilmu pengetahuan di kalangan guru-guru amat diperlukan untuk memastikan agar bidang kerjaya yang diceburi dapat dipertingkatkan kepada satu taraf profesion yang diakui dan dihormati.

Lazimnya, masyarakat akan memberi penghormatan yang tinggi kepada golongan pendidik yang berkebolehan dalam semua bidang. Satu hakikat yang harus disedari oleh para guru ialah matlamat yang mutlak dalam pengajaran ialah mewujudkan proses pembelajaran di kalangan para pelajar secara berkesan di samping penyuburan akhlak dan jiwa anak-anak di bawah didikannya.

Bagi memastikan sesuatu matlamat itu dapat dicapai, seseorang guru itu mestilah mempunyai sifat-sifat yang baik. Antaranya ialah boleh menghayati dan meletakkan ilmu atau amalan dalam satu kesatuan yang kukuh serta dapat menjalinimbang antara rohani, akal, dan jasmani. Ringkasnya, guru mestilah mencerminkan dalam dirinya keselarasan, keseimbangan, keserasian dan keharmonian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: